1. SPM 2024: Maahad Tahfiz Negeri Pahang Kekal Sekolah Terbaik

SPM 2024: Maahad Tahfiz Negeri Pahang Kekal Sekolah Terbaik

Published on 18 Jul 2025
Inside the Schools

"Kejayaan itu dicapai dengan usaha, tetapi dikekalkan dengan disiplin."

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT. Sejarah terus terukir buat MTNP dengan pencapaian GPS 1.15 bagi SPM 2024.

Merafak sembah menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selaku Penaung Diraja MTNP yang sentiasa cakna dan mengambil berat akan perkembangan MTNP. 

Juga kepada YAB Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TPSB dan seluruh ahli lembaga yang sentiasa mendoakan, memberikan nasihat serta dorongan kearah kecemerlangan MTNP.
Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Penghargaan istimewa sudah tentulah buat Yayasan Pahang, semua tenaga pengajar, warga kerja MTNP serta seluruh ibubapa dan pelajar yang berusaha kuat bagi mencapai kejayaan ini.

Pencapaian ini turut diserikan dengan kejayaan 23 daripada 25 calon Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang meraih semua A. Mereka juga telah menghafaz 30 juzuk al-Quran dan lulus ujian Syahadah. Kejayaan mereka membuktikan nilai tambah pendidikan berteraskan al-Quran yang diamalkan di MTNP.

Pencapaian ini bukan kerana kami hebat tetapi kami sebenarnya menumpang berkat Al-Quran.

Stay informed about MTNP’s outstanding student achievements and recent updates by visiting our website & following our official Facebook page and Instagram pages.

Our Sponsors

Working on it...